
KUALA LUMPUR, 14 Mei 2015 - Karnival Sukan Mahabbah Staf UTM Kuala Lumpur 2015 telah bermula. Semua sekolah dan jabatan di UTM KL bergabung membentuk empat pasukan/zon berdasarkan bilangan staf iaitu BIRU (PHB, IBS, PSZ, BENDAHARI, PUSAT ISLAM, IKG, CAIRO & RMC), HITAM (MJIIT, UPMU, AIS, CICT, CASIS & UTM INTERNATIONAL), HIJAU (UTMSPACE, PENDAFTAR, KESELAMATAN, AKADEMI BAHASA & PERDANA SCHOOL) dan MERAH (RAZAK SCHOOL,HEMA,PKK,CANSELERI, HEK, FTI, SPS, IKPLP, IBD & ICC). Sebanyak sembilan permainan dipertandingkan yang terdiri daripada bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, badminton, boling, pingpong, catur dan karom. Johan keseluruhan bakal menjulang Piala Pusingan Pengarah Kampus. |