Home Student News

Calendar

« < December 2019 > »
M T W T F S S
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

Banner
Banner
PELAJAR UTM International Campus MEMILIH MPP BARU SESI 2008/2009 PDF Print E-mail
Thursday, 15 January 2009 08:00

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM sesi 2008/2009 telah berlangsung pada 13 Januari 2009. Sebanyak 45 kerusi dipertandingkan iaitu 10 Kerusi Umum UTM Skudai, 5 Kerusi Umum UTM International Campus dan 30 Kerusi Fakulti.

Proses pemilihan di UTM International Campus yang berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang telah berjalan dengan lancar. 3 pusat pembuangan undi telah dibuka bagi memudahkan pelajar membuang undi iaitu di Dewan Besar, Kediaman Siswa Jaya dan di Bangunan Yayasan Selangor. Seramai 10 orang calon telah bertanding untuk merebut 5 Kerusi Umum UTM International Campus. Peratus pembuangan undi telah meningkat pada sesi ini berbanding sesi-sesi sebelumnya. Sebanyak 90.22% pelajar telah keluar mengundi.

Keputusan pemilihan telah diumumkan oleh Dekan Kolej Sains dan Teknologi merangkap Pengurus Pemilihan MPP UTM International Campus,. Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Azhari Md. Salleh pada jam 10.45 malam . Turut hadir semasa pengumuman ialah Pengarah Kampus, Y. Bhg. Prof. Dr. Hamdani bin Saidi.

5 orang calon yang dipilih mewakili Kerusi Umum UTM International Campus adalah seperti mana di atas.
Last Updated ( Thursday, 19 February 2009 08:04 )
 
<< Start < Prev 131 132 133 134 135 136 137 138 139 Next > End >>

Page 139 of 139