Home Announcement

Calendar

« < December 2019 > »
M T W T F S S
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

Banner
Banner
TAHNIAH PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Wednesday, 05 December 2018 12:06
 

Kuala Lumpur, 4 Disember 2018:- Bangunan Residensi UTMKL meraih Anugerah Khas Juri dalam Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 kategori Bangunan Kerajaan – Universiti Awam. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  Kuala Lumpur diwakili oleh Prof. Madya Sallehuddin bin Muhamad, Timbalan Pengarah Kerja , Pejabat Harta Bina UTMKL menerima anugerah daripada  YB Tuan Hj Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan sempena Majlis Apresiasi Rekabentuk Kuala Lumpur 2018 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berlangsung di Hotel Sunway Putra KL malam tadi.

Anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik, pemaju, perunding seperti arkitek, jurutera, perancang Bandar dan mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan supaya peka dan mengambilkira konsep bebas halangan ini terutama sekali keperluan OKU, warga emas dan kanak-kanak di semua peringkat pembangunan bermula dari penghasilan konsep rekabentuk sehingga pembinaan termasuk kaedah penyelenggaraan.

 
TAHNIAH PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 27 November 2018 08:43
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 10 of 497