Home Events SenamRobik, Pelancaran Car Free Day @ UTMKL & Kempen 10,000 Langkah

Calendar

« < September 2019 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
SenamRobik, Pelancaran Car Free Day @ UTMKL & Kempen 10,000 Langkah PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Wednesday, 24 July 2019 13:05
 
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Pelaksanaan inisiatif pelestarian merupakan antara inisiatif universiti dalam usaha menjadikan kampus sedia ada ke arah Kampus Lestari yang mengamalkan kelestarian merentas semua operasinya dalam menjadikan kampus sebagai tempat yang lebih baik dan kondusif untuk mahasiswa, kakitangan dan pemegang taruh yang lain. Bagi merealisasikan UTM sebagai Kampus Lestari, pelbagai aktiviti dan usaha-usaha promosi telah diadakan bagi menggerakkan inisiatif pelestarian di dalam kampus dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan seluruh warga kampus.
 

Program Car Free Day (CFD) atau Hari Bebas Kenderaan telah dilaksanakan di kampus induk UTM Johor Bahru sejak tahun 2017 lagi.  Manakala di peringkat UTMKL ini merupakan tahun pertama pelaksanaan CFD dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus di samping menyokong budaya komuniti rendah kampus serta amalan gaya hidup sihat.  Terdapat 600 lot parkir disediakan di Residensi UTMKL bagi semua warga universiti semasa program ini berlangsung.  Program ini dijadualkan akan berlangsung secara berkala iaitu sekali dalam sebulan.

 

UTM berhasrat untuk mengadakan program ini pada setiap Rabu minggu keempat setiap bulan  bermula dari pukul 7 pagi hingga 5.30 petang.  Pada majlis pelancaran ini, beberapa  aktiviti menarik telah disediakan iaitu senamrobik dan kempen 10,00m langkah @CFD UTMKL yang mana seluruh warga kampus akan dilepaskan oleh Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin untuk berjalan di seluruh kampus UTM Kuala Lumpur.

  

 

Last Updated ( Wednesday, 24 July 2019 13:15 )