Home Activities PROGRAM KOMUNITI LIBATSAMA UTM PEMBELAJARAN SERVIS SIMENFERO “INOVASI 2020”

Calendar

« < January 2020 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Banner
Banner
PROGRAM KOMUNITI LIBATSAMA UTM PEMBELAJARAN SERVIS SIMENFERO “INOVASI 2020” PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 12 February 2019 15:47
 

Hulu Langat, 26 Januari 2019 - Selaras dengan usaha membudayakan semangat kesukarelawan berasaskan ilmu serta menggalakkan libatsama komuniti dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL), UTMSPACE dan CCIN sekali lagi bergerak aktif untuk menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Kali ini CCSL telah berkerjasama dengan Pejabat ADN Hulu Langat dan Komuniti Dusun Tua bagi menjayakan program tersebut. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Dr. Nurul Alifah binti Jatarona selaku penasihat program dan dibantu oleh En Mohd Hazri bin Ishak, penolong penasihat program dan diselia oleh Encik Aminudin bin Ali, Penyelaras Pembelajaran Servis Kursus Kokurikulum (CCSL). Seramai 29 orang pelajar diploma sepenuh masa UTMSPACE dari UTMKL yang diketuai oleh Saudara Afiq bin Azhar, Pengarah Program terlibat selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set bangku dan meja simenfero serta beberapa planter box. Program ini telah disertai oleh 32 orang peserta yang terdiri daripada staf-staf UDA Holdings, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan  orang awam.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nik Maria binti Nik Mahamood, Pengurus Besar UTMPPDSpace dan diikuti dengan majlis perasmian oleh YDH Tuan Abdul Jalil bin Dato' Ungku Abdul Rani, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 MPKJ. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, YB Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof di Balai Raya Batu 15, Kg. Dusun Tua, Hulu Langat. Penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang terlibat dilakukan pada majlis penutupan dengan sijil disampaikan oleh Pn Ramona Abd. Rahim, Timbalan Pengarah CCIN.

Program komuniti libatsama UTM akan dilaksanakan secara bersiri pada setiap bulan. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan. Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk pelaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 21654500 – En. Mohd Zuhaili. 

 


 

Last Updated ( Tuesday, 05 March 2019 12:31 )