Home Student News CALON-CALON PILIHANRAYA KAMPUS UTM 2018/2019 MULA BERTANDING

Calendar

« < December 2019 > »
M T W T F S S
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

Banner
Banner
CALON-CALON PILIHANRAYA KAMPUS UTM 2018/2019 MULA BERTANDING PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Wednesday, 24 October 2018 11:39
 

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2018:- Pilihanraya Kampus UTM Kuala Lumpur kembali lagi di kampus Kuala Lumpur. Hari ini telah berlangsung sesi penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus UTM 2018 yang diadakan di Dewan Bankuet, Dewan Tan Sri Ainudin Wahid, UTM Kuala Lumpur.

Calon-calon yang bertanding menghantar borang penamaan calon seawal jam 9.00 pagi dan tempoh penghantaran borang berakhir pada jam 2.00 petang. Dua kawasan kerusi telah dipertandingkan iaitu kerusi kawasan umum dan kerusi kawasan fakulti. Bagi kerusi kawasan umum, tiga calon akan bertanding bagi merebut 2 kerusi umum yang telah diperuntukkan. Calon yang akan bertanding bagi kerusi umum ialah saudara Nikk Adam Bin Abdillah Kipalli dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, saudari Nur Syazwani Binti Mohd Azharuddin dari PPD SPACE dan saudara Tan Cheng Siong dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Kerusi kawasan fakulti pula menyaksikan semua calon bagi fakulti masing-masing menang tanpa bertanding. Fakulti tersebut ialah UTMSPACE, MJIIT dan Fakulti Razak manakala Fakulti AHIBS tiada calon yang bertanding.

Mereka yang layak bertanding akan berkempen selama 2 hari bermula 23 Oktober hingga 12.00 malam 24 Oktober 2018. Pada hari berikutnya iaitu 25 Oktober 2018 semua pelajar peringkat diploma, ijazah dan pasca siswazah akan membuang undi yang di adakan di 2 pusat mengundi iaitu Bilik Kebudayaan, Blok A, Kolej Siswa Jaya dan Bilik Ilmuan 3, Anjung Menara Razak. Pengumuman pemenang akan dibuat setelah selesai proses pengiraan undi yang di jangka bermula jam 3.30 petang di kampus UTMKL dan UTMJB.

Pihak Universiti mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang bertanding dan selamat mengundi kepada semua pelajar dan semoga semuanya berjalan lancar.

#jomundi