Home Student News PROGRAM JELAJAH MENARA GADING SMK ZON R1 WANGSA MAJU

Calendar

« < July 2020 > »
M T W T F S S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Latest News

Banner
Banner
PROGRAM JELAJAH MENARA GADING SMK ZON R1 WANGSA MAJU PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Monday, 08 October 2018 08:48
 

Kuala Lumpur, 26 September 2018 – Seramai 40 orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zon R1 Wangsa Maju telah menyertai lawatan ke UTM Kuala Lumpur di bawah Program Jelajah Menara Gading melalui kerjasama dengan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTMKL.
Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu, memberi motivasi dan inspirasi khususnya dalam meneroka bidang Sains. Program ini juga diharap dapat memberi persekitaran baru bagi para pelajar dan guru di samping mencetus idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru sekolah serta menambah minat pelajar-pelajar dalam bidang Sains di sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM. Antara pengisian lawatan ini ialah penerangan ringkas tentang Kampus UTMKL dan program-program yang ditawarkan dan suntikan motivasi oleh Pn. Ramona binti Abd. Rahim, Timbalan Pengarah CCIN. Aktiviti lain termasuk sesi penerangan tentang projek Solar Panel serta sedikit praktikal kepada para pelajar tentang bagaimana solar panel berfungsi oleh pensyarah Fakulti Teknologi dan informatik Razak, lawatan Makmal Robotik, Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT), Pusat Kecemerlangan UTM Ocean Thermal Energy Centre (OTEC) dan Makmal 5G Ericsson Wireless Communication Centre(WCC).
 
Program ini mengambil inisiatif Community Engagement (CE) selaras dengan teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu ‘Sumbangan terbaik kepada Komuniti’ dan ‘Memasyarakatkan Universiti’ dimana UTMKL akan sentiasa bersiap sedia memberi khidmat kepada komuniti di sekitarnya dalam pelbagai bidang. 
Last Updated ( Monday, 08 October 2018 08:57 )