Home Student News PENGANJURAN PROGRAM ‘ASPIRATION OF MERDEKA, TRANS-ARONIA’ BUKTI SEMANGAT PATRIOTISME PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Calendar

« < August 2020 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
PENGANJURAN PROGRAM ‘ASPIRATION OF MERDEKA, TRANS-ARONIA’ BUKTI SEMANGAT PATRIOTISME PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Friday, 03 August 2018 17:52
 

 

Kuala Lumpur, 27 Julai 2018:  Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik merasmikan Malam Simponi Kasih sempena pelancaran Program Aspiration of Merdeka, Trans - Aronia anjuran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Grand Banquet, Residensi UTM Kuala Lumpur.

 

 

Program sempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke-61, akan bermula pada 27 Julai – 26 Ogos 2018, bakal mencipta sejarah Malaysia Book of Records (MBOR) bertajuk LARGEST PARTICIPATION IN A POETRY RECITAL TOUR. Ia merupakan aktiviti berpuisi bertemakan kemerdekaan dengan penglibatan penyertaan seramai dua puluh ribu orang warganegara Malaysia di dalam dan di luar negara merangkumi tiga benua iaitu Asia (dalam negara), Eropah (London, Amsterdam, Paris, Lisbon & Rome) serta Afrika (Kaherah, Mesir).                                                                   

Antara pengisian program, selain bakal mencipta sejarah MBOR, akan diadakan juga  Forum Aspirasi Merdeka,  Pertandingan Three Minutes Pitch bertema kemerdekaan dan Kajian Jangka Pendek berkaitan nilai patriotisme dalam kalangan belia terutama pelajar Malaysia di dalam dan di luar negara.

TRANS-ARONIA bermatlamat  mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan terutama dalam kalangan pelajar di dalam dan di luar negara. Pengisian program dirancang secara teliti agar ianya bersifat memberi makna kepada para peserta untuk menghargai nilai kemerdekaan dan kebudayaan warisan tanah air Malaysia.  Selain itu, bagi memastikan kejayaan program ini secara total, UTM telah menjalin sinergi yang erat dengan beberapa Institut Pengajian Tinggi, sekolah, agensi kerajaan dan swasta, Persatuan Pelajar Malaysia di luar negara serta Kedutaan Malaysia di Eropah dan Mesir. Kejayaan program ini kelak pastinya akan menjulang nama UTM dan Malaysia. 

TRANS-ARONIA juga bakal melahirkan pelajar versatile dan global talent yang peka dengan perubahan global serta berani melontarkan idea yang progresif dalam usaha menjadikan graduan universiti sebagai teknorat yang seimbang. Ia merangkumi kepimpinan, komunikasi, spiritual serta semangat perpaduan untuk memberi nilai tambah kepada semua peserta yang terlibat dan melahirkan graduan yang berpotensi tinggi untuk berdepan dengan cabaran dan perubahan negara. Justeru, dengan melaksanakan aktiviti berkonsepkan patriotisme, kesukarelawan, libatsama komuniti, inovasi, keusahawanan dan pembangunan belia, diharap semangat nasionalisme dapat dihayati dan dizahirkan oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan peringkat umur.


 

Last Updated ( Monday, 06 August 2018 09:34 )