Home Student News BIG FUN ENGLISH

Calendar

« < July 2020 > »
M T W T F S S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Latest News

Banner
Banner
BIG FUN ENGLISH PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Friday, 06 April 2018 10:59

 

Kuala Lumpur, 23 Mac 2018 –Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Akademi Bahasa dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN)  telah menganjurkan program Big Fun English sempena cuti sekolah yang lalu. Program ini mengambil inisiatif Community Engagement (CE) selaras dengan teras strategik universiti dalam Plan Global 50 iaitu ‘Sumbangan terbaik kepada Komuniti’ dan ‘Memasyarakatkan Universiti’ dimana UTMKL akan sentiasa bersiap sedia memberi khidmat kepada komuniti di sekitarnya dalam pelbagai bidang.

 

 

Program disertai 48 peserta yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun ini bertujuan memberi pendedahan tentang UTM dan melibatkan mereka dengan pembelajaran menyeronokkan melalui permainan di dalam talian. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Fun With Robot di Makmal Robotik (MJIIT), Let’s Fly di Fakulti Kejuruteraan & Aeronautikal (TNCPI), Let’s Make it di Institut Kebisingan dan Getaran  (TNCPI), The Galleria di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur, Movie Trivia dan Kahoot game di Makmal 4, Akademi Bahasa. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menyertai program ini. Ibu bapa peserta juga berharap program ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap PTJ yang mengambil bahagian untuk menjayakan program ini. Adalah diharap agar PTJ lain juga dapat mengambil peluang untuk menyumbang mengikut kepakaran dan kemampuan masing-masing pada program-program mendatang. Justeru itu, kepada warga kampus UTMKL yang berhasrat untuk menjalin sinergi dengan pihak CCIN, penglibatan bersama amatlah digalakkan. Sebarang pandangan serta idea berhubung konsep atau bentuk perlaksanaan program boleh dipanjangkan kepada pihak urusetia di talian 03 26154500 – En. Hazly bin Ja’apar.


 

Last Updated ( Friday, 06 April 2018 11:01 )