Home Student News JAPAN DAY 2017 DISAMBUT MERIAH DI UTMKL

Calendar

« < April 2018 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
JAPAN DAY 2017 DISAMBUT MERIAH DI UTMKL PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Friday, 10 November 2017 01:54
 

KUALA LUMPUR, 9 November 2017: - Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah menganjurkan acara tahunan Japan Day pada 9 November 2017 bertempat di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada tahun ini, Japan Day yang juga merupakan acara tahunan kelima menampilkan pelbagai aktiviti menarik di mana penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pengunjung seluruh Malaysia. Aktiviti berbentuk persilangan budaya serta kemasyarakatan di antara Malaysia dan Jepun ini bakal menampilkan persembahan seni bela diri Jepun oleh ahli pasukan seni bela diri jepun seramai 65 orang yang diterbangkan dari Negara Matahari Terbit itu sendiri. Penglibatan mereka disokong penuh oleh Japan Budo Association. Antara persembahan seni bela diri yang diadakan termasuklah acara sumo, aikido dan kyudo. Bermotifkan integrasi budaya dan persefahaman berbilang kaum dan bangsa, Japan Day terbuka kepada para pengunjung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di sekitar kampus UTM Kuala Lumpur.

Para pengunjung akan berpeluang untuk menyertai bengkel-bengkel kebudayaan Jepun khususnya acara pemakaian yukata, permainan tradisional Jepun, ekplorasi seni origami dan penulisan kaligrafi nama di dalam bahasa Jepun. Para pelajar sekolah dan Universiti yang hadir boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Japanese Language Speech serta Origami Art Competition semasa Japan Day berlangsung. Selain itu, program Japan Graduate Symposium turut diadakan bagi memeriahkan suasana akademia Malaysia-Jepun di negara kita. Program Japan Day ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Embassy of Japan, Japan International Cooperation Agency (JICA), The Japanese Chamber of Trade & Industry Malaysia, Japan Budo Association dan PAI_NET.

 

 

Last Updated ( Friday, 10 November 2017 16:51 )