Home Sports HARI KELUARGA UTM KL 2015 MERIAH

Calendar

« < December 2017 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Latest News

Banner
Banner
HARI KELUARGA UTM KL 2015 MERIAH PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 22 December 2015 08:36
 
Kuala Lumpur, 19 Disember 2015:- Hari Keluarga UTM Kuala Lumpur (UTM KL) telah disambut dengan meriah di Padang UTM KL. Tema 'Sehati Sejiwa,UTM KL Ceria' telah dipilih bagi merapatkan silaturahim, membina hubungan kekeluargaan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warganya.
 
Majlis telah dirasmikan oleh  Pengerusi Lembaga Pengarah UTM YBhg. Tan Sri Abdul Halim  Ali. Turut hadir Pengarah Kampus UTM KL Prof. Dr. Durrishah Idrus, ketua-ketua jabatan, pegawai kanan UTM dan staf serta ahli keluarga seramai lebih 400 orang.
 
Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan sukaneka. Di samping acara yang menarik, diadakan juga cabutan bertuah, menawarkan hadiah lumayan seperti televisyen 42”, basikal, barangan elektrik, hamper dan lain-lain lagi.
 
Cuaca yang cerah dan tenang menjadikan acara berjalan lancar. Tan Sri Abdul Halim melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program ini. Seterusnya beliau berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur, para penaja dan semua yang terlibat menjayakannya. 
 

 

  
Last Updated ( Wednesday, 23 December 2015 10:00 )