Home Sports “REDZONE” JUARA BOLA TAMPAR LELAKI

Calendar

« < January 2020 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Banner
Banner
“REDZONE” JUARA BOLA TAMPAR LELAKI PDF Print E-mail
Friday, 15 May 2015 07:30

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2015 - Karnival Sukan Mahabbah Staf UTM Kuala Lumpur 2015 telah bermula. Semua sekolah dan jabatan di UTM KL bergabung membentuk empat pasukan/zon berdasarkan bilangan staf iaitu BIRU (PHB, IBS, PSZ, BENDAHARI, PUSAT ISLAM, IKG, CAIRO & RMC), HITAM (MJIIT, UPMU, AIS, CICT, CASIS & UTM INTERNATIONAL), HIJAU (UTMSPACE, PENDAFTAR, KESELAMATAN, AKADEMI BAHASA & PERDANA SCHOOL) dan MERAH (RAZAK SCHOOL,HEMA,PKK,CANSELERI, HEK, FTI, SPS, IKPLP, IBD & ICC). 

Sebanyak sembilan permainan dipertandingkan yang terdiri daripada bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, badminton, boling, pingpong, catur dan karom. Johan keseluruhan bakal menjulang Piala Pusingan Pengarah Kampus.  

Bola tampar lelaki telah membuka tirai pertandingan bermula pada 11 Mei yang lalu. Zon Merah “Redzone” muncul juara setelah mengalahkan Zon Biru di pertandingan akhir dengan keputusan 3 – 0.  

Selepas bola tampar lelaki, bola sepak pula mengisi gelanggang dan diikuti dengan permainan-permainan lain sehingga 8 Jun 2015. Ternyata karnival yang bertemakan Ukhuwah Riadah ini telah mendapat sambutan yang sungguh meriah, meningkatkan semangat kesukanan dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan staf UTM KL. Sama-samalah kita memberi sokongan.

Last Updated ( Friday, 15 May 2015 07:36 )