Home Sports EIMARACE PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 TARIK RAMAI PENYERTAAN

Calendar

« < September 2020 > »
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

Latest News

Banner
Banner
EIMARACE PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 TARIK RAMAI PENYERTAAN PDF Print E-mail
Tuesday, 21 October 2014 07:05

KAMPUNG GAJAH, 19 Oktober 2014 – Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTM KL dengan kerjasama kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemahiran Malaysia telah menganjurkan Karnival Kemahiran & Educational Innovation Motorsports and Automotive Race (EIMARace) peringkat Kebangsaan 2014 kali ke-6 bermula 18 hingga 19 Oktober lalu.   

Pertandingan berlangsung selama dua hari di Litar Pulau Dato’ Sagor Kg. Gajah, Perak. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Ismail Mat Nor, Pengarah CIDB Negeri Perak yang mewakili Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadilah Yusof. 

Antara objektif EIMARace 2014 adalah untuk menguji kemahiran pelajar dalam mereka bentuk, menganalisis dan menguji keupayaan kenderaan perlumbaan (cart).  

Ia juga mendedahkan pelajar kepada dunia sukan permotoran dari aspek pengendalian teknologi dan pengurusan pasukan demi melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan mampu berdaya saing.  

Ini selaras dengan kehendak akademia baru yang dipraktiskan oleh semua institusi pengajian dalam era dunia tanpa sempadan. Program ini juga akan merapatkan hubungan institusi pengajian tinggi dengan kerajaan negeri dan industri.  

Pertandingan kali ini telah mendapat sambutan amat membanggakan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 41 pasukan yang mewakili  Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Kolej Giat MARA dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara telah menyertainya.  

Pertandingan yang menawarkan piala pusingan, piala dan hadiah lumayan terbahagi kepada 2 kategori  iaitu 131cc dan 250cc.  

Keputusan Pertandingan : 

250cc Keseluruhan  (Piala MJIIT,Piala & Wang Tunai RM6,000.00) 

Johan          : Politeknik Kota Baru

Naib Johan  : Taylor’s University (Piala & Wang tunai RM5,000.00

Ketiga          : Unimap (Piala & Wang Tunai RM RM4,000.00) 

131cc Keseluruhan (Piala Pusingan YAB Menteri Besar Perak, Piala & Wang  Tunai RM4,000.00) 

Johan          : IKTBN Pagoh      

Naib Johan  : IKTBN Kuala Perlis (Piala & Wang tunai RM3,000.00)

Ketiga         : IKTBN Wakaf Tapai Kelantan (Piala & Wang tunai RM2,000.00) 

Pasukan MJIIT UTM memenangi Hadiah Khas Juri untuk menjalani latihan di industri automotif di India selama satu bulan dengan kos ditanggung oleh penaja.

Last Updated ( Tuesday, 21 October 2014 07:11 )