Home Sports PELAJAR-PELAJAR UTM DIRAIKAN DALAM MAJLIS ANUGERAH SUKAN 2008

Calendar

« < January 2020 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

Banner
Banner
PELAJAR-PELAJAR UTM DIRAIKAN DALAM MAJLIS ANUGERAH SUKAN 2008 PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Tuesday, 19 May 2009 16:15

 

 Majlis Anugerah Sukan 2008 bagi pelajar UTM telah diadakan pada 10 Mei 2009 di D’Zone Regency Hotel, Johor Bahru.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan para atlet yang telah mengharumkan nama Universiti di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sepanjang tahun 2008, juga diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi dorongan kepada para atlet yang lain.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Mohd. Tajudin bin Haji Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Pemenang anugerah bagi Pengurus Terbaik Wanita dimenangi oleh Yeoh Mei Yan dari pasukan Bola Tampar, Pengurus Terbaik Lelaki dimenangi oleh Abdul Aziz Azizan dari pasukan Rowing . Atlet Harapan Wanita digondol oleh Aruna a/p Santhappan manakala Atlet Harapan Lelaki pula digondol oleh Mohd Akasyah Yusop dalam acara ragbi. Olahragawati pula dimenangi oleh Wong Sin Yin dalam acara bola tampar manakala Olahragawan pula dimenangi oleh Tengku Mohd Faris Tengku Roslan dalam acara ragbi. Pasukan Terbaik Wanita jatuh kepada Pasukan Rowing manakala Pasukan Terbaik Lelaki juga jatuh kepada Pasukan Rowing.

Turut disampaikan adalah anugerah Penghargaan Bakti, Penghargaan Jurulatih, Juara MASUM, Anugerah Unit Sukan (Warna Separuh, Warna Penuh) dan Anugerah Khas (Pengantarabangsaan).

Tokoh Sekalung Budi 2008 dianugerahkan kepada Y. Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor, mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) di atas komitmen beliau dalam memajukan sukan di universiti dan negara.

 

Last Updated ( Thursday, 21 May 2009 11:31 )