Home Sports KEJOHANAN SUKAN MASUM KEMBALI LAGI

Calendar

« < August 2020 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
KEJOHANAN SUKAN MASUM KEMBALI LAGI PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Friday, 15 May 2009 12:12

Kejohanan Sukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) musim ini akan diadakan dalam tiga fasa mulai dari 14 – 28 Mei 2009 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman manakala Bolasepak MASUM Cup pula akan diadakan pada 23 – 31 Mei 2009 bertempat di Universiti Teknologi MARA, Perak Darul Ridzuan.
Karnival Bola Jaring MASUM akan diadakan pada 13 – 20 Mei 2009 di Universiti Malaya, sementara Sukan MASUM Rowing-Kayak pula akan diadakan pada 25 – 30 Mei 2009 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Program kenalpasti dan sesi pemilihan bagi semua acara permainan telah dilaksanakan di sepanjang bulan Mac 2009 di UTM Skudai kecuali rowing yang telah diadakan di Pusat Latihan Rowing Kebangsaan, Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Dalam usaha bagi memantapkan pasukan, sesi Latihan Pusat diadakan di UTM Skudai sebaik sahaja Peperiksaan Akhir Semester II berakhir.

Berbekalkan latihan intensif dan usaha gigih serta semangat kesukanan pasukan yang tinggi, diharap kontingen UTM mampu memberi saingan yang sengit dan beroleh kejayaan pada Sukan MASUM 2009 pada tahun ini.

 

Last Updated ( Friday, 15 May 2009 17:29 )