Home Campus Development Kampus Hijau : Program Menanam 12 Pokok Dilancar

Calendar

« < October 2017 > »
M T W T F S S
25 26 27 28 29 30 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

Latest News

Banner
Banner
Kampus Hijau : Program Menanam 12 Pokok Dilancar PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 11 March 2014 08:24

  

 

 

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2014 – Sempena Program Kampus Hijau (Green Campus), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan projek menanam pokok buah-buahan di dalam Kampus UTM Kuala Lumpur.  Selain itu, UTM KL juga tidak ketinggalan dalam usaha melaksanakan program-program pelestarian kampus seperti penjimatan air dan elektrik, penghapusan penggunaan polistrine di kafeteria dan kitar semula kertas.  

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM.  Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Hamdani Saidi, Pengarah Kampus dan Pegawai Kanan UTM KL.  

Sebanyak 12 anak pokok terpilih bernilai RM720 akan ditanam di sekitar Kampus UTM KL, di mana 3 daripadanya ditanam di ruang lapang berhampiran pintu gerbang UTM KL sekaligus melengkapkan upacara perasmian program ini.   

Antara anak pokok yang dipilih adalah 3 anak pokok mempelam harumanis, 2 anak pokok rambutan budak sekolah, 1 anak pokok rambutan gading, 2 anak pokok manggis, 2 anak pokok dukong dan 2 anak pokok langsat.  

Program ini diwujudkan hasil daripada idea Pejabat Pendaftar UTM JB iaitu dengan menjemput staf UTM bagi mewakafkan pokok buah-buahan untuk ditanam di dalam kampus.  Seruan ini telah disahut oleh Pejabat Pendaftar UTM KL dengan mendapatkan sumbangan peribadi daripada Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar (TP/PP) UTM KL.

Prof. Wahid berkata, program ini bertepatan dengan usaha menghijaukan Bumi akibat pemanasan global yang semakin bertambah buruk.

Last Updated ( Thursday, 13 March 2014 11:29 )