Home Announcement UTM MENANG ANUGERAH HARTA INTELEK KALI KEDUA

Calendar

« < August 2020 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
UTM MENANG ANUGERAH HARTA INTELEK KALI KEDUA PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Thursday, 23 April 2009 17:10
 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempamerkan keunggulannya dalam pengurusan harta intelek apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2008 bagi kategori organisasi dan individu anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
 
UTM berjaya memenangi anugerah bagi kategori individu menerusi produk harta intelek Membran Komposit Matrik Campuran Hibrid (A Hybrid Mixed Matrix Composite Membrane) yang dihasilkan oleh Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail. Y.Bhg. Prof. Datuk Naib Canselor berkata, kejayaan UTM memenangi kategori organisasi menjadikan universiti ini sebagai institusi pertama mendapat anugerah berkenaan sebanyak dua kali sejak mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Menurutnya, UTM memenangi anugerah kategori organisasi berikutan menjadi penyumbang terbanyak perlindungan harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun lalu iaitu sejumlah 131 produk.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh MyIPO, UTM menduduki senarai teratas di kalangan institusi penyelidikan, universiti tempatan dan orang perseorangan yang memperolehi penfailan paten.

Menyusul di belakang ialah MIMOS Berhad 110, Universiti Putra Malaysia (UPM) 53, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 23, Telekom Malaysia Berhad 19, Universiti Malaya (UM) 18, Multimedia Glory Sdn Bhd 14, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 12, Universiti Teknologi Mara (UiTM) 11 dan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) 8.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Y.B Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Majlis Anugerah Harta Intelek Negara sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 23 April 2009 (Khamis).

Secara keseluruhan, sehingga akhir tahun lalu UTM berjaya mendapatkan perlindungan harta intelek bagi 1,071 produk menerusi tujuh kategori yang ditetapkan, meningkat sebanyak 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengurusan harta intelek dan pengkomersilan hasil penyelidikan dan pembangunan di institusi pengajian tinggi merupakan satu bidang yang baru di negara ini.

UTM merupakan antara universiti terawal mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas untuk menguruskan harta intelek, menyediakan polisi serta prosedur, proses kerja yang rapi bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sekaligus menambah bilangan harta inteleknya.


Last Updated ( Thursday, 23 April 2009 17:30 )