Home Student News LAWATAN MENGEJUT Y.BHG. DATO' NAIB CANSELOR KE KEDIAMAN SISWA JAYA, JALAN REJANG, SETAPAK, KUALA LUMPUR

Calendar

« < August 2020 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
LAWATAN MENGEJUT Y.BHG. DATO' NAIB CANSELOR KE KEDIAMAN SISWA JAYA, JALAN REJANG, SETAPAK, KUALA LUMPUR PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Thursday, 23 April 2009 15:05

 

 

Satu lawatan mengejut Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini B. Ujang Naib Canselor UTM telah dibuat pada jam 9.00 malam 22 April 2009 di Kediaman Siswa Jaya (KSJ). Lawatan yang bukan sahaja bertujuan untuk melihat persekitaran kediaman siswa serta kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pelajar, malah bagi mendapatkan maklum balas terus daripada pelajar berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Universiti.

Selain itu beliau juga melihat kepada peluang-peluang yang ada bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan dan meningkatkan keselesaan para pelajar termasuk para pelajar antarabangsa.

Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor sempat meluangkan masa melawat sendiri ke beberapa bilik penginapan pelajar untuk beramah mesra dengan mereka yang sedang sibuk mengulangkaji pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Y.Bhg. Datin Prof. Ir. Dr. Siti Hamisah Bt. Tapsir, Pengarah Kampus UTM International Campus Kuala Lumpur serta beberapa orang pegawai kanan Universiti termasuk Pengetua Kediaman Siswa Jaya sendiri.

 

Last Updated ( Thursday, 23 April 2009 15:36 )