Home Student News PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN SISWA SEMARAK LAWAT UNIVERSITI MONASH DAN RMIT DI MELBOURNE, AUSTRALIA.

Calendar

« < February 2020 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 1

Banner
Banner
PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN SISWA SEMARAK LAWAT UNIVERSITI MONASH DAN RMIT DI MELBOURNE, AUSTRALIA. PDF Print E-mail
Friday, 27 March 2009 08:09

 


 

Seramai 18 orang pelajar kolej kediaman Siswa Semarak termasuk seorang pelajar kurang upaya, saudari Mariam telah berada di Australia bermula 17 Mac hingga 23 Mac 2009 bagi menyertai program lawatan akademik dan kebudayaan di Australia.

Dalam lawatan tersebut, para pelajar berpeluang melihat dan melalui persekitaran pembelajaran di kedua-dua universiti berkenaan. Sepanjang lawatan, wakil-wakil pelajar Malaysia di sana telah membawa delegasi melawat sekitar universiti. Antara yang dapat dilihat ialah kemudahan perpustakaan, makmal, bilik-bilik persatuan pelajar serta kemudahan-kemudahan rekreasi termasuklah kemudahan bagi pelajar-pelajar kurang upaya. Apa yang menarik dalam lawatan ini, pelajar kurang upaya dapat bergerak kemana-mana sahaja di dalam universiti tanpa memerlukan bantuan. Ini disebabkan oleh kemudahan laluan khas kepada pelajar-pelajar kurang upaya adalah amat baik. Selain itu, para pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia mengenai biasiswa, penempatan serta kos sara hidup semasa belajar di Melbourne serta berpeluang berinteraksi dengan pelajar tempatan secara tidak langsung.

Disamping aktiviti di universiti berkenaan, para pelajar juga dapat melihat rekabentuk bangunan-bangunan serta pengurusan di Bandar Melbourne serta Pulau Philip, sekaligus membolehkan pelajar-pelajar seni-bina, perancang Bandar serta pengurusan menggunakan peluang yang amat bermakna ini bagi mempertingkatkan kemahiran belajar semasa melawat bandar-bandar berkenaan.

Dengan adanya lawatan ini, diharapkan para pelajar dapat menambah motivasi untuk belajar lebih baik seterusnya dapat menanam cita-cita besar untuk belajar di luar negara suatu hari nanti. Melalui lawatan ini juga, diharapkan pelajar lebih terbuka minda dan menilai perkara-perkara yang baik yang patut dijadikan tauladan demi kejayaan di masa hadapan.


 

Last Updated ( Tuesday, 31 March 2009 08:13 )