Home Student News MAHASISWA UTM BERTEMU TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI PARLIMEN

Calendar

« < September 2019 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
MAHASISWA UTM BERTEMU TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI PARLIMEN PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Friday, 13 March 2009 09:41

 


Y.B. Datuk Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sempat meluangkan masa beramah mesra dengan 52 orang mahasiswa UTM di pintu masuk Parlimen. Pertemuan ini telah diatur sempena lawatan sambil belajar ke Parlimen pada 4 Mac 2009 yang lalu.

Lawatan ini adalah anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM International Campus telah disertai seramai 32 orang mahasiswa UTM International Campus, 20 orang mahasiswa UTM Skudai dan beberapa orang pegawai Universiti.


Lawatan ini bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk berada dan menyaksikan sendiri sidang Dewan Rakyat berlansung dan berfungsi dalam pentadbiran Negara.


Sebelum peserta dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat untuk sidang petang, taklimat ringkas diberikan oleh pegawai yang bertugas mengenai tatacara dan protokol apabila berada di dalam Dewan Rakyat. Peserta juga turut diberikan penerangan mengenai proses penggubalan undang-undang di Malaysia sebelum diterima pakai sebagai undang-undang yang sah.


Lawatan yang penuh dengan pengalaman baru ini dapat memberi pengalaman dan kenangan kepada semua peserta yang terlibat.

Last Updated ( Friday, 13 March 2009 11:26 )