Home Student News 8 ORANG PELAJAR MENERIMA ANUGERAH ALUMNI BERPOTENSI

Calendar

« < September 2019 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
8 ORANG PELAJAR MENERIMA ANUGERAH ALUMNI BERPOTENSI PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Wednesday, 04 March 2009 17:30

8 orang bakal graduan UTM International Campus Kuala Lumpur telah menerima anugerah Alumni Berpotensi sempena Majlis Malam Pra Graduan 2009 yang telah diadakan pada 28 Februari 2009 di Hotel Flamingo, Ampang.


Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) selaku VVIP yang juga merupakan wakil rasmi Naib Canselor pada malam yang penuh dengan warna warni itu. Penerima-penerima anugerah adalah Nurul Amaliana Bt. Awang (DDA), Muhammad Azri B. Marzen (DDB), Khairul Nizam B. Md Hussin (DDJ), Wan Frany Muhtaddin B. Masbak (DDA), Gurunathan A/L Minainni (DDE), Chew Chun Kai (DDJ) dan 2 orang pelajar SPACE UTM iaitu Abdul Razak B. Md. Arif (Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pembangunan Tanah) dan Ravindran A/L Appavu (DDA).


Majlis makan malam khusus untuk meraikan bakal-bakal graduan ini telah dihadiri hampir 400 orang tetamu dengan bertemakan bunga ros merah cukup menarik dan meriah. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh para pelajar UTM International Campus Kuala Lumpur sendiri seperti silat, tarian etnik, nyanyian, naysid dan diselangi dengan cabutan nombor bertuan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.


Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan kepada semua bakal graduan selamat maju jaya dalam lapangan yang akan diceburi nanti.

 


Last Updated ( Thursday, 05 March 2009 11:50 )