Home Student News PROGRAM EKSPEDISI KEILMUAN ERATKAN HUBUNGAN PELAJAR UTM DAN INDONESIA

Calendar

« < September 2019 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

Latest News

Banner
Banner
PROGRAM EKSPEDISI KEILMUAN ERATKAN HUBUNGAN PELAJAR UTM DAN INDONESIA PDF Print E-mail
Posted by Suriyani Yusoff   
Friday, 27 February 2009 09:50

 

 Sekreteriat Ekspedisi Keilmuan dan Pengantarabangsaan De’ Indonesia, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur dengan kerjasama Badan Eksekutif Mahasiswa, Universitas Bung Hatta (UBH), Indonesia telah mengadakan Program Ekspedisi Keilmuan dan Pengantarabangsaan De’ Indonesia (EKSPRESI ’08). Program ini telah diadakan di Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia selama lapan hari bermula dari 26 Januari 2009 sehingga 2 Februari 2009.

        Program tersebut telah disertai seramai 26 orang mahasiswa UTM dan diiringi oleh Puan Naemah Mohamed, pegawai pengiring, manakala pihak UBH disertai seramai 10 orang mahasiswa. Antara program yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari di Bandar Padang adalah seperti lawatan ke rumah anak-anak yatim Panti Asuhan Al-Falah, dengan pengisian pelbagai aktiviti, beramah mesra dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

Majlis Pelancaran Program EKSPRESI ’08 yang telah diadakan di Aula Gedung B, Fakultas Perikanan Ilmu Kelautan, Universitas Bung Hatta telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Bapak Oslan Amril, Pembina Unit Kegiatan Mahasiswa, Universitas Bung Hatta. Seterusnya, Majlis Diskusi Ilmu bersama Mahasiswa UBH dengan topik perbincangan berkisar mengenai sistem pendidikan di antara Malaysia dan Indonesia turut diadakan sempena pelancaran tersebut.

Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti yang lebih padat di Bandar Bukit Tinggi selama enam hari dengan pengisian seperti penyerahan keluarga angkat kepada semua peserta yang telah diagihkan kepada 12 keluarga. Peserta-peserta program seterusnya turut mengadakan program motivasi di dua buah sekolah selama dua hari, iaitu Sekolah Menengah Atas Negeri (1) dan (2).

Peserta kemudiannya dibawa melawat kawasan perkampungan di Parak Maru Kapau dengan diselitkan sedikit aktiviti seperti bergotong-royong memasak Nasi Kapau dan berjalan-jalan di sekitar kawasan perkampungan, sawah bendang, di sekitar bandar bersama keluarga angkat dengan melawat kawasan-kawasan bersejarah seperti Lobang Jepang (lubang jepun), kebun binatang (zoo), kubu pertahanan, serta membeli-belah di sekitar Pasar Atas.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya, iaitu wujudnya satu perkongsian ilmu dan pengalaman di antara mahasiswa Malaysia dan Indonesia, selain dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat Indonesia.

Last Updated ( Monday, 02 March 2009 12:54 )