Home

Calendar

« < August 2017 > »
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Banner
Banner
UTM & NAHRIM Jalin Kerjasama Penyelidikan Hidraulik dan Hidrologi PDF Print E-mail
Posted by suzalpha   
Monday, 07 August 2017 17:17

 

 

 Kuala Lumpur, 7 Ogos 2017Institut Pengajian Tinggi di Malaysia perlu meningkatkan usaha melaksanakan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan komuniti setempat dan juga kepada negara.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)  pada 7 Ogos 2017 di UTM Kuala Lumpur adalah manifestasi hasrat tersebut dengan tujuan untuk sama-sama bekerjasama bagi kemakmuran negara khususnya dalam bidang kejuruteraan air.

UTM khususnya Jabatan Hidraulik dan Hidrologi, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) menjalankan penyelidikan dan juga khidmat perundingan dalam bidang hidraulik dan hidrologi yang meliputi analisis kesan iklim kepada taburan hujan, air bumi, sungai dan pencemaran, permodelan air sungai, banjir dan empangan, pengurusan sumber air, kesan perubahan guna tanah kepada air larian permukaan dan sedimentasi, hakisan, kejuruteraan pantai dan lepas pantai dan lain-lain.

Bidang-bidang tersebut adalah selaras dengan misi NAHRIM untuk memberi perkhidmatan cemerlang sebagai pusat pakar rujuk kebangsaan dalam bidang air dan persekitarannya untuk memastikan pembangunan negara yang mampan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

MoU telah ditandatangi oleh Naib Canselor UTM iaitu Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar bersama dengan Ketua Pengarah Nahrim iaitu Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed di hadapan Dekan FKA UTM dan Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.

Read more...
 
PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA NC (OGOS) 2017 PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Monday, 31 July 2017 10:06
Last Updated ( Wednesday, 02 August 2017 11:18 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 7 of 1169