Home

Calendar

« < September 2018 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Latest News

Banner
Banner
PEMBELAJARAN SERVIS SIMENFERO ‘TEKNOLOGI YANG TERPENDAM’ PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 18 September 2018 16:18

 

Hulu Langat, 15 September 2018 - Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) dengan kerjasama Komuniti Dusun Tua menganjurkan program ‘UTM Community Engagement’ – Pembelajaran Servis Simenfero. Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan budaya kesukarelawan berasaskan ilmu serta usaha libatsama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komuniti.

Program perkongsian ilmu ini diketuai oleh Encik Aminudin bin Ali, Penyelaras CCSL dan Encik Mohd Hazri Bin Ishak, Penolong Pensyarah selaku penasihat program dibantu oleh 6 orang staf dan 24 orang pelajar diploma UTMKL selaku fasilitator. Mereka telah mengajar dan membantu peserta dalam menghasilkan 4 set bangku dan meja simenfero serta beberapa planter box. Program ini telah disertai oleh 52 orang peserta yang terdiri daripada staf-staf Kolej MIB, DBKL dan orang awam.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, YB Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof di Balai Raya Batu 16, Kg. Dusun Tua. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri program ini dengan jayanya.


 

 
UTM SUMMER SCHOOL PROGRAM PDF Print E-mail
Posted by HEK KL   
Tuesday, 18 September 2018 08:27
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 1304